Wednesday, June 5, 2013

DoUbLe StEm CeLl

Hai Followers Teratak, 

Hari ini Teratak akan berjumpe seorang dealer untuk Produk Kesihatan Double Stem Cell ... dengan macam menarik sahaja bunyi. Sebenarnya, produk ni Teratak nak beli khas untuk Bonda tersayang yang ketika ini menderita sakit Darah Tinggi, Diabetic dan TB. 

Mudah mudahan dengan usaha ini akan meringankan beban Bonda yang ketika ini kesihatan beliau agak merunsingkan kami adik beradik semua. Bila Teratak review produk ni memang bagus dan tertarik dengan Testimoni yang dipaparkan... oleh yang demikian kalau menjadi dan semuanya berjalan dengan lancar Teratak akan terus mendaftar sebagai dealer untuk Produk Double Stem Cell. 

Idea untuk mendapatkan produk ni apabila Bonda Teratak menunaikan Umrah awal tahun 2013 dan salah seorang rakan Bonda ketika di sana adalah Makcik Sam. Bonda Teratak telah dimaklumkan oleh Makcik Sam yang sebelum ini merupakan rakan Bonda ketika menunaikan Umrah baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian kaki (Teratak kurang pasti mengenai pembedahan tersebut). Tetapi ketika di menunaikan Umrah, Makcik Sam ni kerap makan sejenis produk kesihatan dalam paket yang berwarna kemerahan. 

Disebabkan produk itulah Makcik Sam ligat mengalahkan anak muda bila menunaikan Umrah (seperti diberitahu oleh adik Teratak semasa menunaikan Umrah bersama Bonda). Kebetulan pula pada 05 June 2013, Makcik Sam ada melawat Bonda dan masih mengamalkan Produk Double Stem Cell ni dan menggalakan Bonda Teratak mencuba produk tersebut .... 

Teratak pun mulalah mencari Info mengenai produk ni akhirnya Teratak pun jumpalah satu Page Facebook PhytoScience Double Stem Cell dan terus berkenalan dengan Ms. Zaza. Nak bercerita panjang dalam telepon memang susahlah sikit jadi kami sepakat untuk berjumpe di Jusco Bukit Tinggi Klang pukul 8.30 malam ini.... Anda juga boleh layari website https://iphytoscience.com/eng/home.asp untuk lebih details lagi ... :)

Nantikan update seterusnya sebab banyak benda yang Teratak nak Update Blog Teratak nanti ... Nantikan Yerk ... 





Sebelum itu, saksikan video berikut : 



P/s Dare Go To The Top ... Dare Dare Dare  ....

No comments:

Post a Comment