Tuesday, June 4, 2013

Mask Mulut ... sehengget jew ...

Hai .. Salam moga semoga sihat2 hendaknya ... 

Hampir 2 minggu rasanya Teratak menggunakan mask mulut semasa menunggang motosikal datang ke office. Itu pun apabila dinasihatkan oleh Doktor, sebabnya batuk teratak ni dah hampir sebulan tak kurang2 dan sebelum ni pun selalu juga demam. 

Doktor suspect Teratak alergi dengan habus dan asap ... tetapi memang betul kata Doktor, sejak memakai mask mulut ni, memang berkesan sebabnya batuk dan berkurangan kalau tak risau sesangat... takut dapat penyakit lain pulak kan... 

Kekadang kita terlupa dengan kos rendah untuk membeli mask mulut sebenarnya memberikan manfaat yang besat dalam hidup kita. Tak sampai RM1.00 pun membeli mask mulut ni.... 

Lepas ni, memang teratak akan memakai sentiasa mask mulut ni kalau tak takut batuk dan demam datang balik ... lepas tu comfirm Teratak ambil MC.. hehehe .. 

Bila difikirkan, penjagaan kesihatan amat penting, bukan setakat luaran sahaja tetapi juga dalaman... bila dalam dan luar dah cun.. hasilnya pun cun juga.. Tidak dinafikan, penjagaan kesihatan sebelum ini memang Teratak kurang ambil berat ... 

Oleh demikian, sejak menjadi tokey Tupperware ni Teratak dah mula makan Supplement keluaran daripada Nature Care Tupperware iaitu NatureCare Organic Lacto Fibre, NatureCare MultiPlus GInseng, NatureCare Omega Q10 dan NatureCare Pomegranate Full Spectrum ..... Ternyata, produk supplement ni memberikan impak yang besar dalam kesihatan Teratak ... 

Bukat setakat nak promote tetapi hasilnya memang berkesan pada diri Teratak .... Syukur Alhamdulillah .... 

Sekarang ni Teratak nak mencari masa untuk berjogging pula. Sejak sibuk dengan Tupperware ni, masa untuk berjogging memang bukan menjadi agenda utama dalam hidup Teratak. Tetapi bila di fikirkan balik, kalau badan tak cergas memang akan mengundang pelbagai penyakit kronik .... MIntak simpanglah hendaknya .... 

Akhir kata daripada Teratak ... Dare Go To The Top ... Dare Dare Dare  ....







 







     


No comments:

Post a Comment