Sunday, June 2, 2013

Counting Good News...

Salam Pecinta Tupperware .... 

Sejak lanjutan Promosi Nano Water Filter .... Teratak memang berusaha keras untuk menambah jualan untuk merebut Komisen RM1000 dan Insyaallah, manalah tau kalau ada rezeki untuk dapat koleksi Produk Tupperware masa Jubilee nanti di Konvensyen Centre Sunway pada 29 dan 30 June 2013. 

Habis semua saudara mana dan kengkawan Teratak dah approach.. Alhamdulillah .. dapat 2 belian Nano Water Filter.... dan semalan Teratak ada berjumpe dengan sepupu.. katanya dia cuba nak approach abangnya untuk beli 2 set Nano Water Filter dan kalau tak ada aral melintang, sepupu ni pun nak beli 1 set Nano Water Filter jugak ... so total 3 set.... still counting days.. harapan yang besar kalau menjadi... Ameen...

Sebagai balasan admin dah ready Hadiah Produk Tupperware yang istimewa kepada pembeli Nano Water Filter nanti... bukan ape.. kenapa tidak kita menghargai pelanggan kita yang sentiasa menjadi tulang belakang di sebalik jualan kita sendiri...... 

Di dalam mana-mana biznez secara Direct selling atau multilevel marketing pasti akan ada cabaran dan dugaan yang semestinya akan menjadi pembakar semangat... yang paling best sebenarnya apabila cabaran dan dugaan tersebut berjaya dilepasi .... Subhanallah.. terasa nikmat dan kepuasan ... Hidup ini indah kan....  :)

Walaupun hakikatnya, ramai kengkawan yang lebih berpaling daripada memberi sokongan.. tetapi Teratak mengambil itu semua sebagai perkara picisan dan sebagai pembakar semangat.... mungkin juga menjadi satu kebanggaan buat teratak.. kerana tidak ramai kaum Adam yang menceburi di dalam biznezz Tupperware yang sudah menjadi lumrah di monopoli oleh kaum Hawa... Hakikatnya dan fakta, ada saja kaum Adam yang berjaya dan sudah mempunyai Pusat Stokis sendiri ... yang pastinya menjanjikan pendapatan yang lumayan... 

Sebenarnya, besar impian Teratak kerana ingin memiliki Business Centre Organization (BCO) sendiri. Walaupu masih jauh perjalanan Teratak ... insyaallah kami tabah menhadapi sebarang dugaan ... Terima kasih buat Kak Siti / Abang Wahid (BCO D' Success, Bayu Perdana, Klang) dan Upline (Kak Norliza, 5 Star Director) yang sentiasa memberi dorongan dan galakan untuk terus maju ke depan .... Tidak lupa juga kepada Kak Yati Musa, 5 Star Director yang sentiasa memberikan galakan dan tunjuk ajar.... 

Akhir kata... Dare Go To The Top ... Dare Dare Dare .....




<<< Kak Norliza (5 Star Director), Teratak dan Kak Siti (BCO D' Success) >>>



No comments:

Post a Comment